Showing posts with label (C) Perkembangan Kognitif. Show all posts
Showing posts with label (C) Perkembangan Kognitif. Show all posts

Monday, March 5, 2007

Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif golongan dewasa awal sering dikaitkan dengan pemikiran pasca formal. Ramai pengkaji berpendapat bahawa terdapat satu tahap perkembangan kognitif selepas tahap formal iaitu pasca formal. Pemikiran pasca formal ini melibatkan individu menggunakan maklumat dalam konteks sosial di mana pemikiran di kalangan dewasa adalah lebih fleksibel, terbuka, adaptif (penyesuaian) dan individualistik (tersendiri). Mereka juga lebih menggunakan gerak hati, emosi serta logik untuk berfikir dalam dunia yang tidak menentu dan menggunakan pengalaman dalam situasi yang tidak jelas. Selain itu, mereka juga berkebolehan untuk menghadapi dan menangani situasi yang tidak sempurna , sesuatu yang berkonflik dan dapat bertolak ansur.