Tuesday, April 10, 2007

Rujukan

  1. Feldman, Robert S. 2006. Understanding Psychology. Ed. ke-7. United State. McGraw-Hill
  2. Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Penghantar Psikologi Satu Pengenlan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Papalia, D. E. & Olds, S. W. 1998. Human Development. Ed. ke-7. New York. McGraw-Hill

Monday, April 2, 2007

Soalan Dewasa Awal

1. Berapakah lingkungan umur bagi golongan dewasa awal?
A. 20-25 tahun
B. 20-39 tahun
C. 45-60 tahun
D. 50-65 tahun

2. Apakah yang anda faham mengenai dewasa awal?
A. Mengalami kecelaruan identiti
B. Tempoh perubahan fizikal yang paling pesat
C. Masa pengukuhan peribadi, ekonomi dan memulakan hidup bekeluarga
D.Menikmati kepuasan kerjaya

3. Apakah tahap perkembangan yang dilalui oleh dewasa awal menurut Erikson?
A. Intim lawan menyendiri
B. Identiti lawan kecelaruan identiti
C. Generativity lawan stagnation
D. Inisiatif lawan rasa bersalah

4. Bagaimanakah tahap kognitif bagi dewasa awal menurut Teori Piaget?
A. Pemikiran lebih abstrak
B. Keupayaan untuk mengira semakin menurun
C. Mula merancang dan membezakan diri dengan orang lain
D. Pemikiran dan ilmu lebih tinggi berbanding remaja

5. Punca tekanan bagi golongan dewasa awal
I. Peperiksaan kelas
II. Kerjaya dan masa depan
III. Hubungan intim
IV. Konflik identiti

A. I, II, III
B. III, IV
C. II, IV
D. I, II, III, IV

6. Berapakah bilangan sel lemak yang terdapat didalam tubuh seseorang dewasa awal
yang normal?
A. 30-40 billion
B. 40-60 billion
C. 30-60 billion
D. 35-55 billion

7. Berapakah peratuskah masalah obesity yang dipengaruhi oleh genetik ?
A. 30-75%
B. 40-90%
C. 25-75%
D. 40-60%

8. Nyatakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan obesiti?
I Persekitaran
II Biologi
III Makanan segera
IV Etnik dan gender

A. I & II
B. II, III
C. I, III, IV
D. Semua di atas

9. Apakah faktor-faktor yang boleh memberi kebahagiaan bagi golongan dewasa awal?
I Mempunyai rakan rapat
II Hubungan kekeluargaan yang erat
III Hubungan romantik yang baik
IV Konflik dalam diri

A. I&II
B. II&III
C. I, II & III
D. III & IV

10. Antara berikut yang manakah merupakan tarikan cinta
A. Tarikan fizikal
B. Kejujuran dan keikhlasan
C. Kesetiaan
D. Kekayaan

11. Bagaimanakah tahap perkembangan atau fizikal pada zaman dewasa awal?
A. Rambut mula menipis
B. Ketinggian merosot
C. Kemuncak prestasi fizikal dan paling sihat
D. Otot menyusut

12. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penurunan perkembangan fizikal bagi
Golongan dewasa awal?
I Masalah kewangan
II Makan makanan yang tidak seimbang
IIIMasalah keluarga
IV Tidak bersenam

A. I, II, III
B. II, III, IV
C. I, II, IV
D. II, IV

13. Bagaimanakah tahap perkembangan kognitif bagi golongan dewasa awal?
A. Realistik & pragmatik
B. Pemikiran lebih abstrak
C. Pemikiran operasi konkrit
D. Keupayaan mengira semakin menurun

14. Yang manakah antara berikut jenis personaliti kerjaya?
I Realistik
II Pragmatik
III Sosial
IV Artistik

A. I, II
B. I, II, III
C. I, III, IV
D. II, IV

15. Antara padanan jenis personaliti kerjaya yang berikut, yang manakah benar?
A. Investigatif – sukakan pekerjaan yang bersifat kreatif, suka kebebasan dan kekaburan
B. Enterprising- lebih kepada manusia, pandai memujuk. Contohnya bidang
jualan, pengurusan dan politik.
C. Konvensional- lebih berminat untuk bekerja, suka menolong, mengajar, melakukan
kerja-kerja sosial dan kaunseling.
D. Realistik- suka bekerja dengan nombor. Contohnya, akauntan, kerani dan setiausaha.

16. Apakah contoh pekerjaan bagi personaliti kerjaya `konvensional’ ?
A. Kaunselor
B. Juruterbang
C. Akautan
D. Jurutera

17. Sukakan kerja luar, kurang bersosial dan lebih suka bekerja sendiri merupakan ciri-
ciri bagi personaliti kerjaya....
A. Realistik
B. Investigatif
C. Artistik
D. Enterprising

18. Antara berikut, yang manakah akan dinilai dalam pemilihan kerjaya oleh dewasa
awal?
I Agama
II Prestij
III Keseronokan
IV Lokasi

A. I, II, III
B. II, IV
C. II, III
D. I, II, III, IV

19. Yang manakah antara berikut ciri-ciri bagi gabungan dewasa awal?
I Masa pengukuhan peribadi
II Mengalami kecelaruan identiti
III Memulakan hidup bekeluarga
IV Memasuki alam pekerjaan

A. I, II
B. I, III, IV
C. I, III
D. I, II, IV

20. Apakah ciri-ciri bagi personaliti kerjaya `sosial’ ?
A. Lebih berminat bekerja dengan nombor
B. Sukakan kebebasan dan kekaburan
C. Profesion berorentasikan saintifik dan intelek
D. Lebih berminat bekerja dengan manusia, suka mengajar, menolong, melakukan kerja-
kerja sosial dan kaunseling

Soalan Subjektif
  1. Apakah perbezaan antara golongan dewasa awal, pertengahan dan akhir berdasarkan
    perkembangan fizikal?
  2. Bagaimanakah golongan dewasa awal mengatasi tekanan yang wujud dalam diri mereka?
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan Top-Dog Phenomenone?

Jawapan

1.B 2.C 3.A 4.D 5.A 6.A 7.C 8.D 9.C 10.A 11.C 12.D 13.A 14.C 15.B 16.C 17.A 18.D 19.B 20.D

Gaya Hidup Berumahtangga

Pada hari ini ramai orang berasa selesa untuk kekal bujang walaupun usia semakin meningkat atau tidak akan berkahwin. Hal ini kerana, mereka sudah mampu untuk menampung hidup sendiri dengan mempunyai pekerjaan yang baik dan kebebasan utuk melakukan sesuatu.

Bersekedudukan sebelum berkahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat Amerika. Mereka yang bersekedudukan sebelum berkahwin lebih cenderung mempunyai perkahwinan yang lemah. Perkahwinan adalah universal, adat-adat yang diamalkan juga adalah berlainan. Kejayaan dalam perkahwinan bergantung kepada corak interaksi antara pasangan. Pada waktu ini mereka perlu bijak menjaga hati pasangan masing-masing dan lebih bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Berkahwin muda selalu dikaitkan dengan penceraian tetapi ia juga turut berlaku kepada pasangan yang sudah lama berkahwin jika tiada persefahaman.

Wanita adalah paling berkemunginan menjadi mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Apabila sudah berkahwin, masalah sering wujud. Jika suami tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik, mereka sering melepaskan kemarahan kepada isteri. Menurut kajian United State mempunyai satu kadar penceraian tertinggi di dunia. Kebiasaannya orang yang sudah bercerai akan berkahwin semula, kecuali perkahwinan semula cenderung bersikap kurang stabil daripada perkahwinan sebelumnya.

Kehidupan berkeluarga
  • Kehidupan berkeluarga dipengaruhi budaya dan corak kehidupan yang diamalkan
  • Wanita pada hari ini lebih berpendidikan berbanding dahulu.
  • Ibu yang bekerja perlu bijak dalam membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga supaya anak-anak dan suami tidak rasa diabaikan.
  • Setiap pasangan yang berkeluarga ingin mempunyai anak.
  • Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh mereka yang mandul untuk mendapatkan anak antaranya pensenyawaan invitro dan pemindahan ovum.
  • Kepuasan berumahtangga lazimnya merosot setelah bertahun-tahun berkahwin
  • Konflik sering timbul apabila keluarga tersebut mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Perkahwinan dan kebahagiaan

  • Perkahwinan membuatkan orang gembira dan tidak sahaja dalam novel romantik
  • Beberapa manfaat seperti seks, kemesraan dan pengukuhan ekonomi tidak lagi terbatas
  • Kalangan golongan ini, lebih 2000 orang dewasa yang berusia 18 dan 19 tahun cenderung untuk berkahwin dan lebih bahagia sebelum berkahwin (C.Mengulit, 1995)
  • Golongan dewasa awal sudah mula bersedia untuk membina keluarga yang baik. Keluarga yang sempurna terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak yang baik
  • Suami dan isteri sudah mula memahami emosi pasangan masing-masing. Kelemahan memahami emosi pasangan akan menyebabkan berlakunya penceraian. Kebanyakkan wanita, kemesraan rumah tangga memerlukan perkongsian perasaan dan keyakinan.

Kemandulan

  • kemandulan ialah kegagalan untuk mengandung kira-kira 8% daripada pasangan Amerika mengalami kemandulan.
  • Kemandulan boleh berlaku sebelum atau setelah mendapat anak sulung.
  • Kemandulan sering dikaitkan dengan kaum wanita, lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini.
  • Lelaki mandul adalah kerana pengeluaran sperma yang sedikit.
  • Menurut kajian ( Dr.K.Thanikagalam) lazimnya 30% daripada kegagalam mendapatkan anak berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem repreduktif isteri.
  • Kemungkinan lelaki mandul adalah disebabkan oleh penyakit seperti azoospermia iaitu masalah kekurangan sperma dalam air mani lelaki. Kuantiti sperma yang dikeluarkan juga perlu dilihat.
  • Pengambilan dadah, tembakau, alkohol, rokok dan tekanan akan mempengaruhi kualiti sperma yang dihasilkan.
  • Masalah kemandulan berlaku apabila sperma tidak mampu berenang dengan baik untuk mencapai serviks.
  • Jika masalah keputihan ovum, ovum mungkin tidak normal, hingusan dalam serviks mungkin menghalang sperma daripada memasukinya atau penyakit lapik uterus mungkin menghalang ovum bersenyawa.
  • Separuh daripada kes ini, tiup-tiup follopio disekat hasil dari tisu perut dan mengakibatkan penyakit inflamasi pelvis (STDs) (B.M.King, 1996).
  • Kemandulan merupakan bebanan kepada sebuah perkahwinan. Mereka yang mandul akan berasa kecewa dan menyalahkan diri sendiri atau pasangan masing-masing.
  • Selain itu, mereka mungkin berasa kosong dan tidak bernilai dan murung.
  • Bagi atasi masalah ini, terdapat sesetengah pasangan yang setuju untuk mengambil anak angkat atau menyelesaikannya dengan menggunakan teknologi tinggi.
  • Keluarga dan rakan-rakan perlu memainkan peranan penting dengan memberi sokongan moral seperti berkongsi rasa kecewa dan memberi nasihat melalui pengalaman dengan orang lain.



Kehidupan Sebelum dan Selepas Berkahwin


Dalam kehidupan yang biasa, seseorang seharusnya berkahwin, kekalkan perkahwinan dan mempunyai anak-anak(Thornton,1989). Corak kehidupan pula termasuk tinggal sendiri(bujang), tinggal bersama pasangan berlainan jantina, penceraian, kahwin semula dan mempunyai ana-anak, seseorang itu mempunyai peluang untuk membuat pilihan.


Kehidupan sendiri
  • Peratus dewasa awal yang belum berkahwin meningkat secara dramatik sejak 10 tahun yang lalu dalam lingkungan umur 20-39 tahun.
  • Antara 1970-1974, kadar orang yang tidak berkahwin antara umur 30-34 tahun adalah 3 kali ganda iaitu daripada 6% menjadi 20% wanita dan 9% menjadi 30% adalah lelaki(U.S. Bureau of the Census, 1993).
  • Wanita pada hari ini lebih berdikari dan kurang mengalami tekanan disebabkan mereka tidak berkahwin.
  • Pengangguran yang tersebar luas menyebabkan perkahwinan kurang praktikal dan kurang tertarik antara satu sama lain.
  • Sesetengah dewasa awal hidup sendiri, jadi mereka boleh bebas untuk ambil risiko, percubaan dan membuat pertukaran samada berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, kerjaya atau menyambung pengajian tanpa perlu risau tentang oran lain.
  • Sesetegah orang suka kehidupan sendiri dan sesetengah orang menangguhkan atau mengelakkan perkahwinan kerana bimbang ia akan berakhir dengan penceraian (P.C.Glick & Lin,1986).
  • Penangguhan akan meningkakan kematangan fikiran sebagaimana yang dapat dilihat, orang yang berkahwin muda berkemungkinan besar untuk berpisah.
  • Secara kasar, mereka tidak bersendiri, mereka sibuk, aktif dan rasa diri mereka selamat.

Hubungan sesama jenis/homoseksual

  • Dalam masyarakat, golongan yang terlibat dengan hubungan sesama jenis adalah minoriti dan sangat kecil bilangannya.
  • Kurang daripada 3% lelaki dan 11/2% wanita setakat yang diketahui. Sikap negatif yang merujuk kepada hubungan sesama jenis atau homoseksual ini merosot sejak 1976, apabila 70% masyarakat Amerika beranggapan hubungan sesama jenis ini adalah salah dan 61% juga beranggapan yang sama pada tahun 1996(National Opinion Research Center, 1996).
  • Sebagai akibatnya, proses secara terang-terangan ini membongkar 1 orientasi homoseksual di kalangan golongan dewasa.

Perkahwinan

  • Adat atau budaya perkahwinan berbeza, tetapi secara umumnya, bentuk atau tatacara perkahwinan menurut sejarah dan seluruh dunia menunjukkan pelbagai keperluan utama/asas.
  • Perkahwinan biasanya merupakan jalan terbaik untuk memastikan anak-anak dididik dengan baik dan teratur.
  • Salah satu yang penting ialah keuntungan ekonomi yang merupakan peruntukan untuk pembahagian penggunaan.
  • Umumnya, intimasi, cinta, persahabatan, hubungan seksual dan rakan karib merupakan peluang untuk perkembangan emosi.
  • Kadar penceraian yang tinggi menunjukkan bagaimana susahnya untuk mencapai kesempurnaan tetapi kadar perkahwinan semula yang tinggi menunjukkan ramai yang mampu bertahan.
  • Terdapat pelbagai jenis budaya perkahwinan mengikut umur. Di Timur Eropah, orang cenderung untuk berkahwin dalam lingkungan umur semasa atau sebelum umur awal 20an. Negara-negara industri seperti US dan Jepun pula menunjukkan masyarakatnya lebih cenderung untuk meneruskan pengajian dan kerjaya atau menjelajah hubungan (Bianchi & Spain, 1986).