Monday, April 2, 2007

Kehidupan Sebelum dan Selepas Berkahwin


Dalam kehidupan yang biasa, seseorang seharusnya berkahwin, kekalkan perkahwinan dan mempunyai anak-anak(Thornton,1989). Corak kehidupan pula termasuk tinggal sendiri(bujang), tinggal bersama pasangan berlainan jantina, penceraian, kahwin semula dan mempunyai ana-anak, seseorang itu mempunyai peluang untuk membuat pilihan.


Kehidupan sendiri
  • Peratus dewasa awal yang belum berkahwin meningkat secara dramatik sejak 10 tahun yang lalu dalam lingkungan umur 20-39 tahun.
  • Antara 1970-1974, kadar orang yang tidak berkahwin antara umur 30-34 tahun adalah 3 kali ganda iaitu daripada 6% menjadi 20% wanita dan 9% menjadi 30% adalah lelaki(U.S. Bureau of the Census, 1993).
  • Wanita pada hari ini lebih berdikari dan kurang mengalami tekanan disebabkan mereka tidak berkahwin.
  • Pengangguran yang tersebar luas menyebabkan perkahwinan kurang praktikal dan kurang tertarik antara satu sama lain.
  • Sesetengah dewasa awal hidup sendiri, jadi mereka boleh bebas untuk ambil risiko, percubaan dan membuat pertukaran samada berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, kerjaya atau menyambung pengajian tanpa perlu risau tentang oran lain.
  • Sesetegah orang suka kehidupan sendiri dan sesetengah orang menangguhkan atau mengelakkan perkahwinan kerana bimbang ia akan berakhir dengan penceraian (P.C.Glick & Lin,1986).
  • Penangguhan akan meningkakan kematangan fikiran sebagaimana yang dapat dilihat, orang yang berkahwin muda berkemungkinan besar untuk berpisah.
  • Secara kasar, mereka tidak bersendiri, mereka sibuk, aktif dan rasa diri mereka selamat.

Hubungan sesama jenis/homoseksual

  • Dalam masyarakat, golongan yang terlibat dengan hubungan sesama jenis adalah minoriti dan sangat kecil bilangannya.
  • Kurang daripada 3% lelaki dan 11/2% wanita setakat yang diketahui. Sikap negatif yang merujuk kepada hubungan sesama jenis atau homoseksual ini merosot sejak 1976, apabila 70% masyarakat Amerika beranggapan hubungan sesama jenis ini adalah salah dan 61% juga beranggapan yang sama pada tahun 1996(National Opinion Research Center, 1996).
  • Sebagai akibatnya, proses secara terang-terangan ini membongkar 1 orientasi homoseksual di kalangan golongan dewasa.

Perkahwinan

  • Adat atau budaya perkahwinan berbeza, tetapi secara umumnya, bentuk atau tatacara perkahwinan menurut sejarah dan seluruh dunia menunjukkan pelbagai keperluan utama/asas.
  • Perkahwinan biasanya merupakan jalan terbaik untuk memastikan anak-anak dididik dengan baik dan teratur.
  • Salah satu yang penting ialah keuntungan ekonomi yang merupakan peruntukan untuk pembahagian penggunaan.
  • Umumnya, intimasi, cinta, persahabatan, hubungan seksual dan rakan karib merupakan peluang untuk perkembangan emosi.
  • Kadar penceraian yang tinggi menunjukkan bagaimana susahnya untuk mencapai kesempurnaan tetapi kadar perkahwinan semula yang tinggi menunjukkan ramai yang mampu bertahan.
  • Terdapat pelbagai jenis budaya perkahwinan mengikut umur. Di Timur Eropah, orang cenderung untuk berkahwin dalam lingkungan umur semasa atau sebelum umur awal 20an. Negara-negara industri seperti US dan Jepun pula menunjukkan masyarakatnya lebih cenderung untuk meneruskan pengajian dan kerjaya atau menjelajah hubungan (Bianchi & Spain, 1986).

No comments: