Monday, April 2, 2007

Gaya Hidup Berumahtangga

Pada hari ini ramai orang berasa selesa untuk kekal bujang walaupun usia semakin meningkat atau tidak akan berkahwin. Hal ini kerana, mereka sudah mampu untuk menampung hidup sendiri dengan mempunyai pekerjaan yang baik dan kebebasan utuk melakukan sesuatu.

Bersekedudukan sebelum berkahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat Amerika. Mereka yang bersekedudukan sebelum berkahwin lebih cenderung mempunyai perkahwinan yang lemah. Perkahwinan adalah universal, adat-adat yang diamalkan juga adalah berlainan. Kejayaan dalam perkahwinan bergantung kepada corak interaksi antara pasangan. Pada waktu ini mereka perlu bijak menjaga hati pasangan masing-masing dan lebih bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Berkahwin muda selalu dikaitkan dengan penceraian tetapi ia juga turut berlaku kepada pasangan yang sudah lama berkahwin jika tiada persefahaman.

Wanita adalah paling berkemunginan menjadi mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Apabila sudah berkahwin, masalah sering wujud. Jika suami tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik, mereka sering melepaskan kemarahan kepada isteri. Menurut kajian United State mempunyai satu kadar penceraian tertinggi di dunia. Kebiasaannya orang yang sudah bercerai akan berkahwin semula, kecuali perkahwinan semula cenderung bersikap kurang stabil daripada perkahwinan sebelumnya.

Kehidupan berkeluarga
  • Kehidupan berkeluarga dipengaruhi budaya dan corak kehidupan yang diamalkan
  • Wanita pada hari ini lebih berpendidikan berbanding dahulu.
  • Ibu yang bekerja perlu bijak dalam membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga supaya anak-anak dan suami tidak rasa diabaikan.
  • Setiap pasangan yang berkeluarga ingin mempunyai anak.
  • Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh mereka yang mandul untuk mendapatkan anak antaranya pensenyawaan invitro dan pemindahan ovum.
  • Kepuasan berumahtangga lazimnya merosot setelah bertahun-tahun berkahwin
  • Konflik sering timbul apabila keluarga tersebut mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Perkahwinan dan kebahagiaan

  • Perkahwinan membuatkan orang gembira dan tidak sahaja dalam novel romantik
  • Beberapa manfaat seperti seks, kemesraan dan pengukuhan ekonomi tidak lagi terbatas
  • Kalangan golongan ini, lebih 2000 orang dewasa yang berusia 18 dan 19 tahun cenderung untuk berkahwin dan lebih bahagia sebelum berkahwin (C.Mengulit, 1995)
  • Golongan dewasa awal sudah mula bersedia untuk membina keluarga yang baik. Keluarga yang sempurna terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak yang baik
  • Suami dan isteri sudah mula memahami emosi pasangan masing-masing. Kelemahan memahami emosi pasangan akan menyebabkan berlakunya penceraian. Kebanyakkan wanita, kemesraan rumah tangga memerlukan perkongsian perasaan dan keyakinan.

Kemandulan

  • kemandulan ialah kegagalan untuk mengandung kira-kira 8% daripada pasangan Amerika mengalami kemandulan.
  • Kemandulan boleh berlaku sebelum atau setelah mendapat anak sulung.
  • Kemandulan sering dikaitkan dengan kaum wanita, lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini.
  • Lelaki mandul adalah kerana pengeluaran sperma yang sedikit.
  • Menurut kajian ( Dr.K.Thanikagalam) lazimnya 30% daripada kegagalam mendapatkan anak berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem repreduktif isteri.
  • Kemungkinan lelaki mandul adalah disebabkan oleh penyakit seperti azoospermia iaitu masalah kekurangan sperma dalam air mani lelaki. Kuantiti sperma yang dikeluarkan juga perlu dilihat.
  • Pengambilan dadah, tembakau, alkohol, rokok dan tekanan akan mempengaruhi kualiti sperma yang dihasilkan.
  • Masalah kemandulan berlaku apabila sperma tidak mampu berenang dengan baik untuk mencapai serviks.
  • Jika masalah keputihan ovum, ovum mungkin tidak normal, hingusan dalam serviks mungkin menghalang sperma daripada memasukinya atau penyakit lapik uterus mungkin menghalang ovum bersenyawa.
  • Separuh daripada kes ini, tiup-tiup follopio disekat hasil dari tisu perut dan mengakibatkan penyakit inflamasi pelvis (STDs) (B.M.King, 1996).
  • Kemandulan merupakan bebanan kepada sebuah perkahwinan. Mereka yang mandul akan berasa kecewa dan menyalahkan diri sendiri atau pasangan masing-masing.
  • Selain itu, mereka mungkin berasa kosong dan tidak bernilai dan murung.
  • Bagi atasi masalah ini, terdapat sesetengah pasangan yang setuju untuk mengambil anak angkat atau menyelesaikannya dengan menggunakan teknologi tinggi.
  • Keluarga dan rakan-rakan perlu memainkan peranan penting dengan memberi sokongan moral seperti berkongsi rasa kecewa dan memberi nasihat melalui pengalaman dengan orang lain.



No comments: