Monday, March 5, 2007
Zaman dewasa awal
Setiap manusia ingin bekerja, berumahtangga, mempunyai anak, mengecapi kesenangan hidup, melihat anak-anak berjaya, menimang cucu, beribadat, mencari makna hidup dan seterusnya. Dewasa tidak dilihat berdasarkan umur sahaja, tetapi melalui kebolehan seseorang itu hidup berkeluarga dan bertangungjawab menanggung kehendak asas keluarganya. Dalam erti kata lain, dewasa harus mempunyai kebolehan mencintai dan bekerja. Apabila lanjut umur seseorang, maka konflik yang dihadapinya akan berbeza daripada apa yang dialaminya semasa muda. Bagi golongan dewasa, kompleks yang dihadapi oleh mereka lebih abstrak dan kompleks, ia tidak melibatkan masalah-masalah yang berbentuk konkrit seperti masalah dengan kawan-kawan, pekerjaan dan lain-lain lagi. Menurut Teori Erikson (1963) dan Knowles (1986), peringkat dewasa merupakan satu peringkat yang dinamik, yang penuh bertenaga, yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Zaman dewasa merujuk kepada peringkat mencuba semula apa yang telah gagal dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment