Saturday, March 24, 2007

Kerjaya


Perkembangan kerjaya merupakan sesuatu yang penting bagi golongan dewasa awal. Pada tahap ini mereka mula membina kerjaya berdasarkan bidang yang mereka minati dan mula memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan diri mereka. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka akan menjadikan diri mereka lebih bertanggungjawab dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan tersebut.


Terdapat beberapa jenis personaliti kerjaya, antaranya:


1. Realistik

  • merujuk kepada seseorang yang sukakan pekerjaan luar dan aktiviti manual. Mereka kurang bersosial dan lebih suka bekerja sesorang diri.
  • Contoh pekerjaan:buruh,pekebun, pemandu lori, buruh binaan, juruterbang dan jurutera.

2. Investigatif

  • Lebih berminat dengan idea manusia (profesion berorientasikan saintifik dan intelek).

3. Artistik

  • Sukakan pekerjaan yang bersifat kreatif.Seronok bekerja dengan idea dan barang yang boleh menunjukkan diri mereka secara inovatif.
  • Sukakan kebebasab dab kekaburan.

4. Sosial

  • Lebih berminat untuk bekerja dengan manusia.
  • Suka menolong, mengajar, melakukan kerja-kerja sosial dan kaunseling.

5. Enterprising

  • Lebih berminat manusia berbanding perkara lain.
  • Pandai memujuk.
  • Contoh pekerjaan dalam bidang jualan, pengurusan dan politik.

6. Konvensional

  • Paling berfungsi dalam struktur yang tersusun.
  • Suka bekerja dengan nombor.
  • Contoh pekerjaan: kerani, akauntan bank dan setiausaha.

Pada masa ini juga, golongan dewasa akan menilai sesuatu kerjaya berdasarkan agama, prestij, kedudukan kewangan, keseronokan dan lokasi. Pemilihan kerjaya yang tepat mampu memberi kepuasan kepada mereka dan mewujudkan kehidupan yang stabil dan selesa.