Saturday, March 24, 2007

Kebahagiaan/Sosioemosi

Asas-asas hubungan intim
  • Menurut Erikson, perhubungan intim merupakan sesuatu yang sangat perlu bagi golongan dewasa.
  • Perhubungan ini meliputi hubungan persahabatan, cinta dan seks
  • Hubungan persahabatan merupakan paling penting diikuti cinta dan pasangan.
  • Bagi sesetengah golongan dewasa awal ini memutuskan untuk berkahwin, bersekedudukan, tinggal sendiri atau sesama kaum sejenis, dan samada untuk mempunyai anak atau tidak.
  • Intimasi merupakan hubungan yang rapat, mesra dan berkomunikasi(Rosenbluth & Stell,1995) yang mana termasuk atau tidak hubungan seksual.
  • Elemen penting intimasi ialah pendedahan diri: “mendedahkan sesuatu yang penting mengenai seseorang kepada orang lain”(Collins &Miller,1994). Intimasi termasuk mempunyai kematangan fikiran, kekuatan, kestabilan, kemesraan dan sikap mengambil berat.





(a) Persahabatan

  • Merupakan asas perhubungan sesama manusia yang cenderung mempercayai antara satu sama lain dan menjaga kelakuan (Dykstra,1995).
  • Dewasa awal yang mempunyai kerjaya dan mungkin mempunyai tanggungjawab kepada keluarga akan mempunyai masa yang terhad untuk dihabiskan bersama rakan-rakan.
  • Walaubagaimanapun, persahabatan memainkan peranan penting, persahabatan termasuk mempercayai, menghormati, memahami, menerima dan bergembira bersama-sama, bersedia membantu antara satu sama lain dan bebas daripada rasa keseorangan.
  • Kebanyakan orang lebih rapat dan berkawan baik dengan orang yang sama jantina tetapi 27% lebih gemar bersahabat dengan jantina yang berlainan (K.E. Davis,1985).
  • Seorang perempuan lebih cenderung untuk bersahabat berbanding lelaki, perempuan lebih suka mengadu pada rakan-rakan terutama kawan perempuan mereka yang selalu berkongsi masalah mereka.
  • Seorang perempuan lebih suka berkawan dengan perempuan berbanding lelaki kerana lelaki kurang sifat keintiman tetapi lebih cenderung untuk berkongsi pengetahuan dan aktiviti serta tidak yakin dengan rakan.
  • Mereka kurang motivasi untuk terlibat dengan intimasi dan cenderung untuk tidak bercerita tentang perkara intim (Rosenbluth &Steil,1995)

(b) Percintaan

  • Kebanyakan orang memang menyukai kisah cinta.
  • Menurut kematangan fikiran, kata Robert J. Stenberg (1995), cinta adalah sebuah cerita. Orang yang bercinta merupakan pengarang dan mereka mengarang cerita yang menggambarkan keperibadian, minat dan perasaan mereka terhadap perhubungan.
  • Idea tentang cinta sebagai sebuah cerita dicadangkan supaya seseorang tidak jatuh cinta tetapi menciptanya.
  • Pasangan bercinta mempunyai asas dan telah biasa dengan “skrip” di mana mereka mengubahsuai berdasarkan situasi mereka sendiri.
  • Cinta bagi sestengah orang merupakan sesuatu yang pengukuhan, kebimbangan dan pemautan. Sesetengah lagi menganggap cinta merupakan satu khayalan /fantasi dimana seseorang perempuan akan rasa selamat dibawah perlindungan seorang lelaki.
  • Namun terdapat juga yang berfikir, cinta merupakan satu permainan, peperangan yang mana pemenang akan menjadi pemerintah dan yang kalah akan diperintah. Cinta juga boleh menjadi cerita ngeri, misteri atau cerita detektif yang mana pasangan berterusan cuba untuk memerhatikan pasangan.
  • Walaubagaimanapun sifat cinta, ia bergantung kepada momentum sendiri. Pasangan bercinta melihat apa sahaja yang berlaku antara mereka sebagai satu cerita yang mereka boleh tulis atau kenangkan tetapi apabila berlaku sesuatu konflik, cerita tersebut akan berubah menjadi sesuatu yang baru.
  • Memikirkan kisah cinta membantu kita memahami bagaimana manusia memilih dan mencampurkan elemen dalam sesuatu plot.
  • Menurut Sternberg, tiga elemen cinta ialah intimasi, keghairahan dan persetujuan. Intimasi termasuk emosi, pendedahan diri, kemesraan dan kepercayaan. Keghairahan merupakan elemen motivasi dan bersifat dalaman manakala persetujuan pula merupakan elemen kognitif yang membuat pasangan meneruskan hubungan mereka.
  • Pasangan bercinta kerap kali menyerupai dari segi penonjolan diri,daya tarikan, mental dan kesihatan fizikal, kebijaksanaan dan kemesraan.
  • Faktor lain yang diambil kira terhadap pasangan ialah bangsa, agama, pendidikan dan status agama.

Kerjaya


Perkembangan kerjaya merupakan sesuatu yang penting bagi golongan dewasa awal. Pada tahap ini mereka mula membina kerjaya berdasarkan bidang yang mereka minati dan mula memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan diri mereka. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka akan menjadikan diri mereka lebih bertanggungjawab dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan tersebut.


Terdapat beberapa jenis personaliti kerjaya, antaranya:


1. Realistik

  • merujuk kepada seseorang yang sukakan pekerjaan luar dan aktiviti manual. Mereka kurang bersosial dan lebih suka bekerja sesorang diri.
  • Contoh pekerjaan:buruh,pekebun, pemandu lori, buruh binaan, juruterbang dan jurutera.

2. Investigatif

  • Lebih berminat dengan idea manusia (profesion berorientasikan saintifik dan intelek).

3. Artistik

  • Sukakan pekerjaan yang bersifat kreatif.Seronok bekerja dengan idea dan barang yang boleh menunjukkan diri mereka secara inovatif.
  • Sukakan kebebasab dab kekaburan.

4. Sosial

  • Lebih berminat untuk bekerja dengan manusia.
  • Suka menolong, mengajar, melakukan kerja-kerja sosial dan kaunseling.

5. Enterprising

  • Lebih berminat manusia berbanding perkara lain.
  • Pandai memujuk.
  • Contoh pekerjaan dalam bidang jualan, pengurusan dan politik.

6. Konvensional

  • Paling berfungsi dalam struktur yang tersusun.
  • Suka bekerja dengan nombor.
  • Contoh pekerjaan: kerani, akauntan bank dan setiausaha.

Pada masa ini juga, golongan dewasa akan menilai sesuatu kerjaya berdasarkan agama, prestij, kedudukan kewangan, keseronokan dan lokasi. Pemilihan kerjaya yang tepat mampu memberi kepuasan kepada mereka dan mewujudkan kehidupan yang stabil dan selesa.

Tuesday, March 20, 2007

Pendidikan


Pendidikan tinggi
  • 55% dari mendaftar kolej dan universiti adalah wanita. Lebih dari setengah yang menerima ijazah dan sarjana dan 38% daripadanya menerima kedoktoran dan ijazah falsafah adalah wanita (NCES,1955b)

  • Kebanyakkan kolej dan universiti adalah pendidikan campuran, ada juga yang mengamalkan pendidikan mengikut jantina, pelajar yang terdiri hanya jantina tertentu sahaja seperti lelaki dan perempuan.

  • Wanita sekarang masih mengekalkan bidang tradisional ‘feminin’ dan ada juga majority yang hebat dalam kejuruteraan, arkitek dan sains fizikal adalah lelaki dan kebanyakan ekonomi, pendidikan dan bahasa asing adalah perempuan.

Menarik diri dari kolej

  • Pelajar yang tidak bersekolah mempunyai beberapa sebab antaranya berkahwin, ingin lebih dekat dengan orang yang disayangi, mengubah status pekerjaan atau ketidakpuasan hati dengan sekolah.

  • Kebiasaannya yang berhenti sekolah mempunyai purata yang rendah dalam pencapaian, dan biasanya mereka bekerja dengan memuaskan.

  • Pelajar Afrika Amerika, mereka behenti sekolah disebabkan tekanan akibat status minoriti, tidak cukup persediaan atau sterotaip mengenai ras dimana akan memusnahkan estim kendiri.

  • Tangguh belajar sementara merupakan jalan yang positif. Ada dikalangan pelajar bekerja untuk sementara, untuk mencari institusi yang sesuai atau membiarkan masa untuk menjadikan mereka matang.

  • Banyak juga kolej yang memberi kemudahan dalam memberi kelepasan atau upah kredit bagi belajar berdikari, pengalaman hidup dan bekerja di institusi yang lain.

Kesihatan



  • Zaman dewasa awal merupakan kemuncak prestasi fizikal iaitu antara umur 19-20 tahun.

  • Pada waktu ini, mereka mempunyai keadaan fizikal yang paling baik sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.

  • Namun begitu, pada usia ini, mereka sering mengabaikan kesihatan dengan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti makanan ringan dan berkolesterol tinggi.

  • Selain itu, tekanan akan membuatkan golongan ini sering mengambil arak dan rokok semata-mata untuk menghilangkan dalam diri mereka.

  • Kesibukan dan kesuntukan masa menyebabkan gaya hidup mereka terabai, maka tiada masa untuk melakukan senaman dan seringkali kekurangan waktu untuk tidur.

  • Gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan seseorang.

  • Pada usia 30 tahun ke atas, prestasi fizikal mula menurun.

  • Seseorang itu, akan kurang melakukan aktiviti fizikal disebabkan berat badan yang bertambah dan mudah penat apabila melakukan sesuatu aktiviti.

  • Apabila usia semakin bertambah, penglihatan dan pendengaran juga menjadi kurang cekap.

  • Kesihatan fizikal pada usia 30 tahun mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan hidup pada usia 70 tahun (Mussen, Honzik &Eichorn, 1982).

  • Ini menunjukkan, penjagaan kesihatan adalah amat penting pada usia muda kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan apabila tua kelak. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yag baik, seseorang itu haruslah mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan disertai dengan senaman.

  • Penjagaan kesihatan pada usia muda adalah amat penting, kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan pada usia tua.

  • Oleh itu, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap individu.

Perkembangan moral

  • Semasa dewasa awal, pertimbangan moral boleh dianggap lebih kompleks jika dibandingkan dengan kanan-kanak dan remaja.
  • Didapati bahawa pengalaman dan emosi memainkan peranan yang penting dalam pertimbangan moral.
  • Kepercayaan dan agama adalah satu petunjuk untuk membuat keputusan moral.

Peranan pengalaman dalam Teori Kohlberg

  • Terdapat dua pengalaman yang dapat menjelaskan tentang perkembangan moral iaitu mengalami konflik dalam rumah dan tanggungjawab terhadap kebajikan lain.
  • Pengalaman boleh dianggap sebagai satu panduan atau petunjuk kepada dewasa awal untuk menilai kriteria supaya dapat mengetahui apa yang betul dan adil.

Monday, March 5, 2007

Krisis identiti

Selain itu, pada tahap dewasa awal juga, mereka sering mengalami sesuatu yang dikenali sebagai krisis identiti. Krisis ini berlainan dengan konflik mencari identiti para remaja yang disarankan oleh Erikson. Lazimnya, dewasa awal akan cenderung meniru cara kehidupan ibu bapa mereka dan mengasaskan kehidupan yang baru. Ini sering dilakukan dengan cara mencari pasangan dan hidup bebas daripada keluarga asal mereka. Seterusnya para dewasa akan mendapatkan pekerjaan untuk mengejar cita-cita yang menjadi idaman mereka.

Intimasi lawan pemencilan diri

Selepas melalui tahap remaja, mari memasuki zaman dewasa awal antara umur 18-40 tahun. Orang dewasa mengalami konflik antara intimasi dan pemencilan diri. Pada masa ini, individu mula mencari pasangan hidup mereka dan memulakan satu perhubungan peribadi yang penuh makna. Di sinilah bermulanya hubungan intimasi antara dua dewasa muda yang ingin mencuba identiti-identiti mereka. Jika hubungan intimasi tidak dapat dicapai, seseorang itu akan memencilkan dirinya sendiri dan oleh itulah, tidak dapat mencapai apa-apa perhubungan yang bermakna. Knowles (1986) mencadangkan bahawa individu dewasa pada tahap ini selalu menghadapi masalah pergolakan peribadi terhadap tanggungkawab mereka. Andai kata tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik, mereka sering menarik diri daripada sesuatu kewajipan.

Zaman dewasa awal

Setiap manusia ingin bekerja, berumahtangga, mempunyai anak, mengecapi kesenangan hidup, melihat anak-anak berjaya, menimang cucu, beribadat, mencari makna hidup dan seterusnya. Dewasa tidak dilihat berdasarkan umur sahaja, tetapi melalui kebolehan seseorang itu hidup berkeluarga dan bertangungjawab menanggung kehendak asas keluarganya. Dalam erti kata lain, dewasa harus mempunyai kebolehan mencintai dan bekerja. Apabila lanjut umur seseorang, maka konflik yang dihadapinya akan berbeza daripada apa yang dialaminya semasa muda. Bagi golongan dewasa, kompleks yang dihadapi oleh mereka lebih abstrak dan kompleks, ia tidak melibatkan masalah-masalah yang berbentuk konkrit seperti masalah dengan kawan-kawan, pekerjaan dan lain-lain lagi. Menurut Teori Erikson (1963) dan Knowles (1986), peringkat dewasa merupakan satu peringkat yang dinamik, yang penuh bertenaga, yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Zaman dewasa merujuk kepada peringkat mencuba semula apa yang telah gagal dahulu.

Perkembangan psikologi

Manakala, perkembangan psikologi dewasa awal pula merujuk kepada intimasi lawan isolasi. Golongan dewasa awal mula mempunyai keinginan untuk mencari keintiman dan membina perhubungan dengan orang lain. Intimasi bermaksud kebolehan individu tersebut untuk berkongsi dan berkorban diri kepada orang yang disayangi tersebut tanpa berasa takut untuk hilang identiti yang dicapai oleh individu tersebut. Kegagalan untuk mencapai intimasi akan menyebabkan individu itu akan menyendiri (isolasi)

Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif golongan dewasa awal sering dikaitkan dengan pemikiran pasca formal. Ramai pengkaji berpendapat bahawa terdapat satu tahap perkembangan kognitif selepas tahap formal iaitu pasca formal. Pemikiran pasca formal ini melibatkan individu menggunakan maklumat dalam konteks sosial di mana pemikiran di kalangan dewasa adalah lebih fleksibel, terbuka, adaptif (penyesuaian) dan individualistik (tersendiri). Mereka juga lebih menggunakan gerak hati, emosi serta logik untuk berfikir dalam dunia yang tidak menentu dan menggunakan pengalaman dalam situasi yang tidak jelas. Selain itu, mereka juga berkebolehan untuk menghadapi dan menangani situasi yang tidak sempurna , sesuatu yang berkonflik dan dapat bertolak ansur.